Perjanjian Ahli

Ini merupakan Perjanjian Ahli AIP ONLINE SURVEYS. Kami menyeru semua ahli membaca dengan teliti Perjanjian Ahli sebelum menyertai.
Dengan mendaftar sebagai ahli AIP ONLINE SURVEYS, anda bersetuju dengan dan juga menerima semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

  1. Objektif peraturan-peraturan adalah untuk menetapkan hubungan hak dan tanggungjawab antara Syarikat AIP (disebut AIP selepas ini) dengan Ahli (disebut sebagai Ahli selepas ini) yang telah diberi kuasa oleh AIP sebagai responden kaji selidik dalam talian berdaftar menurut peruntukan yang dinyatakan di Seksyen 2 iaitu, dengan berkait dengan perniagaan kaji selidik (disebut "Perniagaan" selepas ini) yang dijalankan oleh AIP.
  2. Perniagaan yang dijalankan oleh AIP atau pihak ketiga pelanggan (disebut "Pelanggan" selepas ini) bertujuan untuk memberi pihak ketiga, seperti syarikat-syarikat dan organisasi, pendapat dan aktiviti pengguna melalui laman web yang dicipta untuk kaji selidik dalam talian di laman web AIP (disebut "Laman Web" selepas ini" atau laman web pihak ketiga Pelanggan.
    Setiap Ahli boleh memberi respons kepada kaji selidik yang diberi, dan maklumat yang dikumpul akan dijumlahkan dan dianalisis oleh AIP atau Pelanggannya.
  3. Sebarang pembangunan, pemindaan atau pengubahsuaian pada Perjanjian Ahli akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Ahli, di mana Ahli haruslah bersetuju serta menurut, dan akan dimaklumkan kepada Ahli setiap kali sekiranya dilihat perlu dalam cara yang ditentukan bersesuaian oleh AIP.
  4. AIP berhak untuk meminda Perjanjian Ahli dan sebarang peraturan dan kaedah dalam perenggan terdahului, tanpa mendapat keizinan daripada Ahli terlebih dahulu.
  1. Ahli haruslah berusia 16 tahun dan ke atas, merupakan penduduk di Malaysia, dan telah melengkapkan proses pendaftaran sepenuhnya selepas perjanjian dan penerimaan Keahlian daripada AIP.
  2. Jika AIP menentukan bahawa adalah tidak sesuai untuk menerima seseorang individu sebagai Ahli, AIP boleh membatalkan atau menamatkan pendaftaran Ahli.
  1. Selepas pendaftaran Ahli, Ahli diwajibkan untuk menggunakan alamat e-mel yang didaftar, untuk menyertai sesuatu kaji selidik.
  2. Ahli harus bertanggungjawab sepenuhnya atas pengurusan dan penggunaan alamat e-mel dan kata laluan, yang diberikan kepada Ahli berdaftar.
  3. Ahli tidak dibenarkan untuk menyerah, meminjam atau mendedahkan ID berdaftar atau kata laluan beliau.
  4. AIP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian berkaitan dengan kecuaian Ahli, atau oleh pihak ketiga, dalam menggunakan alamat e-mel dan kata laluan,
  1. AIP akan memegang hak pemilikan terhadap semua data pendaftaran Ahli.
  2. AIP tidak akan menerima mana-mana data palsu untuk sebarang butiran yang dimasukkan Ahli semasa pendaftaran.
  3. Untuk memastikan ketepatan dan kualiti data kaji selidik dikekalkan, AIP boleh menghubungi Ahli melalui nombor telefon yang diberikan semasa pendaftaran, untuk memastikan bahawa identiti dan/atau ketepatan data berdaftar Ahli.
  1. Ahli tidak dibenarkan melakukan sebarang perbuatan yang boleh atau mungkin tertakluk kepada berikut:
    1. Perbuatan yang merbahaya kepada ketenteraman awam dan moral;
    2. Perbuatan yang melanggar sebarang undang-undang, peraturan atau ordinan;
    3. Perbuatan yang melanggar hakcipta AIP, Ahli lain atau pihak ketiga;
    4. Perbuatan yang mengfitnah Ahli lain atau pihak ketiga;
    5. Perbuatan yang meletakkan Ahli lain atau pihak ketiga dalam keadaan tidak saksama;
    6. Sesuatu kempen pilihan raya atau perbuatan yang serupa, atau perbuatan yang melanggar Undang-undang dan Peraturan Pilihan Raya ;
    7. Perbuatan yang menggangu pengoperasian AIP ONLINE SURVEYS MALAYSIA;
    8. Perbuatan dalam melakukan pendaftaran palsu atau memberi respon kaji selidik palsu;
    9. Perbuatan dalam melakukan urusan yang tidak dibenarkan oleh AIP;
    10. Perbuatan di mana Ahli yang sama melakukan pendaftaran duplikasi, atau sesuatu pendaftaran di mana seseorang individu memberikan identiti palsu;
    11. Perbuatan mendedahkan atau membocorkan kandugan kaji selidik kepada pihak ketiga (termasuklah penerbitan mana-mana papan buletin atau laman web);
    12. Perbuatan menggunakan e-mel atau kata laluan secara tidak sah;
    13. Perbuatan menggunakan Laman Web untuk keuntungan secara tidak sah;
    14. Perbuatan pemberian respon secara tipuan; dan
    15. mana-mana perbuatan yang ditentukan sebagai tidak sesuai oleh AIP.
  1. Ahli harus menggunakan e-mel yang sama seperti yang dimasukkan ketika pendaftaran, semasa menghantar atau menerima e-mel kepada atau daripada AIP.
  2. AIP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidaksetaraan atau kerugian terhadap Ahli dengan menghantar dan menerima E-mel daripada alamat e-mel yang berbeza daripada yang dimasukkan semasa pendaftaran.
  3. Ahli harus menjawab e-mel yang dihantar daripada AIP, dengan kaedah yang diperuntukkan oleh AIP.
  4. AIP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidaksetaraan atau kerugian yang disebabkan Ahli, dengan menjawab dalam cara yang lain, berbeza dengan yang diperuntukkan AIP.
  5. AIP tidak akan bertanggungjawab untuk kandungan tertulis di dalam e-mel yang dihantar oleh Ahli.
  6. AIP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidaksetaraan atau kerugian terhadap Ahli melalui e-mel yang bukan dihantar daripada/kepada AIP.
  1. Semasa menarik diri daripada Keahlian, Ahli haruslah memberi notis kepada AIP menurut prosedur yang diberikan AIP. Penarikan diri daripada Keahlian akan lengakap apabila AIP memproses penarikan diri Keahlian, dan maklumat peribadi berdaftar dalam pangkalan data akan dikeluarkan.
  2. Sekiranya jumlah EPoin terkumpul mencapai jumlah yang diperuntukkan untuk penebusan semasa penarikan diri, Ahli boleh menebus EPoin tersebut sebelum menarik diri.
    Sekiranya penebusan tidak dilakukan, EPoin akan dipadam, dan AIP tidak akan melayan sebarang proses seperti permohonan untuk penukaran, pertanyaan, dan sebagainya selepas penarikan diri.
  1. AIP boleh menamatkan Keahlian Ahli, dengan atau tanpa kebenaran Ahli, sekiranya Ahli didapati terlibat dalam mana-mana hal yang berikut:
    1. Pelanggaran kandungan larangan yang tersedia dalam Seksyen 5;
    2. Tidak menjalankan tanggungjawab yang tersedia dalam Seksyen 11; dan
    3. Pelanggaran mana-mana peruntukan yang tersedia dalam Perjanjian Ahli.
  2. AIP akan mengeluarkan semua hak yang dimiliki oleh Ahli tersebut dalam Laman Web semasa menamatkan keahlian. Dalam kes sebegitu, AIP tidak akan memberi sebarang notis pengeluaran.
  1. Sekiranya Ahli menyebabkan kerugian kepada AIP atau pihak ketiga disebabkan pelanggaran Perjanjian Ahli, AIP boleh meminta Ahli tersebut untuk memberi pampasan atas kerugian.
  1. AIP akan, dengan tegas, mengurus maklumat peribadi Ahli menurut undang-undang berkaitan dengan perlindungan maklumat peribadi.
    AIP akan mengambil sebarang langkah-langkah pencegahan dan keselamatan untuk mengelakkan pemalsuan maklumat, pembocoran kepada orang atau pihak luar daripada syarikat, akses tidak sah, dan sebagainya.
  2. AIP tidak akan menggunakan maklumat peribadi berdaftar Ahli untuk sebarang tujuan yang lain kecuali untuk menjalankan kaji selidik.
  3. AIP boleh mendedahkan maklumat peribadi berdaftar Ahli kepada pihak ketiga, tanpa kebenaran Ahli, tidak termasuk maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan sebagainya yang boleh mengenalpasti Ahli.
    AIP akan mendedahkan maklumat yang mengenalpasti Ahli setelah mendapat kebenaran daripada Ahli tersebut terlebih dahulu, kecuali dalam kes di mana operasi penyumberan adalah perlu untuk pengagregatan dan analisis bahan untuk kaji selidik yang berkaitan.
    Dalam kes penyumberan operasi sebegini, AIP akan memilih kontraktor yang memenuhi taraf perlindungan maklumat peribadi yang sama dengan AIP, dan melaksanakan kontrak kerahsiaan.
  4. AIP tidak akan melayan sebarang kaji selidik yang diperoleh daripada Ahli sebagai maklumat yang boleh mengenalpasti sesuatu individu, disebabkan keputusan kaji selidik melalui proses berangka dan dianggap sebagai maklumat statistik.
  5. Apabila menjawab kaji selidik dalam laman web yang diuruskan Pelanggan, AIP tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidaksetaraan atau kerugian terhadap Ahli disebabkan pengurusan maklumat peribadi yang dihantar kepada Pelanggan daripada Ahli itu sendiri melalui laman web tersebut.
  1. Ahli bertanggungjawab untuk:
    1. Kemaskini data pendaftaran dalam tempoh yang diperuntuk AIP;
    2. tidak mendedahkan atau membocorkan kandungan kaji selidik kepada pihak ketiga (termasuk penerbitan dalam papan buletin atau laman web);
    3. tidak memberi respon tipuan;
    4. menjawab pengesahan data berdaftar melalui telefon daripada AIP;
    5. memberi respon kepada pengesahan melalui telefon dengan jujur daripada AIP yang berkaitan dengan kandungan respon yang diberi kepada sesuatu kaji selidik yang dihantar oleh AIP dan telah dijawab oleh Ahli, atau soalan-soalan tambahan.
  1. Untuk pampasan terhadap respon ahli atas kaji selidik, bagi responden yang layak sepenuhnya mengikut syarat sasaran kaji selidik dan selesai menjawab kaji selidik tersebut, ahli tersebut akan diberi sejumlah EPoin yang ditentukan oleh AIP. Sebagai tambahan, ahli yang dikenalpasti menyertai dan menjawab kaji selidik tetapi dianggap tidak layak, atau kuota sasaran kaji selidik telah dipenuhi, akan layak untuk memasuki cabutan bertuah bulanan untuk memenangi hadiah. AIP berhak untuk mengubah syarat-syarat sasaran kaji selidik. Syarat sasaran, jumlah Epoin, dan hadiah adalah atas pertimbangan dan keputusan penuh AIP. Selanjutnya, selepas Epoin yang dikumpul mencapai jumlah minimum, Epoin boleh ditebus untuk hadiah percuma yang disebut oleh AIP.
  2. Terma dan Syarat E-poin
    • Sekiranya Ahli yang mempunyai EPoin yang bole ditebus untuk sesuatu hadiah percuma menarik diri daripada keahlian beliau, menurut peruntukan yang termaktub dalam Seksyen 7, EPoin yang diperoleh oleh Ahli tersebut akan dipadam, kecuali dalam keadaan di mana poin tersebut boleh ditebus untuk hadiah percuma seperti yang diperuntukkan oleh AIP. Sekiranya, Keahlian ditamatkan menurut peruntukan yang termaktub dalam Seksyen 8, sebarang dan semua EPoin yang diperoleh oleh Ahli tersebut akan dipadam.
    • EPoin akan dikira mengikut pengiraan AIP.
    • AIP berhak untuk membatalkan pemberian EPoin survei dan/atau hadiah cabutan bertuah, sekiranya survei dijawab secara mengandungi jawapan yang dianggap tidak benar mengikuti standard AIP, dan/atau sebarang (tindak-)tindakan penipuan dilakukan oleh ahli.
  3. Terma dan Syarat Cabutan Bertuah
    1. Pembelian adalah tidak perlu untuk menyertai cabutan.
    2. Cabutan bertuah dilakukan sekali sebulan. Seorang ahli boleh mendapat sama ada tiada atau lebih daripada satu peluang untuk menyertai cabutan bertuah, bergantung kepada status keputusan kaji selidik dalam bulan yang diberi, namun hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja setiap bulan.
    3. Pemenang akan dipilih secara rawak oleh Jabatan Pentadbiran Syarikat AIP, Ebisu Building 3rd Floor, 3-9-19 Higashi, Shibuya-ku Tokyo 150-0011 JAPAN. Cabutan akan dilakukan melalui alat formula rawak Excel.
    4. Penyertaan cabutan bertuah setiap bulan bermula pada hari pertama bulan tersebut, dan ditutup pada hujung hari terakhir bulan yang sama.
    5. Pemenang akan dipilih secara rawak daripada semua penyertaan yang layak pada bulan tersebut, dan diumumkan pada awal bulan yang berikutnya.
    6. Untuk tujuan keselamatan maklumat peribadi, senarai yang separa dan tidak dapat dikenalpasti akan diterbitkan di laman web AIP ONLINE SURVEYS MALAYSIA MALAYSIA, pada awal bulan yang berikutnya. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel, termasuklah pengesahan maklumat peribadi.
    7. Hadiah cabutan bertuah adalah baucar tunai yang bernilai RM10.00 untuk setiap pemenang. AIP berhak untuk menentukan hadiah yang sama nilai, termasuklah jumlah hadiah setiap bulan.
    8. Hadiah yang diperoleh melalui cabutan bertuah hanya akan dihantar kepada pemenang yang membalas e-mel pengesahan maklumat peribadi selepas pengumuman pemenang-pemenang.
    9. Pemenang-pemenang mesti membalas emel pengesahan maklumat peribadi sebelum atau pada 15hb dalam bulan cabutan dilakukan. Sekiranya pemenang tidak membalas emel untuk pengesahan maklumat peribadi, hadiah tidak akan dihantar dan akan disimpan selama 3 bulan sehingga pemenang membalas emel tersebut. Hadiah akan ditarik balik sekiranya pemenang tidak membalas lebih daripada 3 bulan.
  4. Hadiah percuma yang diperoleh daripada cabutan bertuah atau penebusan EPoin hanya akan dihantar ke alamat rumah Ahli yang menetap di Malaysia.
  5. Hadiah tidak boleh dipindah hakmilik atau ditukar dan tiada tanggungjawab atas sebarang perubahan dalam nilai hadiah-hadiah tersebut.
  6. Hadiah percuma yang diperoleh daripada cabutan bertuah atau penebusan EPoin akan dihantar ke alamat yang didaftarkan dengan AIP. Sekiranya hadiah percuma tidak dihantar atas sebab kecacatan dalam maklumat pendaftaran, AIP tidak akan menghantar semula hadiah percuma tersebut. Dalam keadaan sebegitu, EPoin tersebut akan menjadi batal dan tidak sah.
  7. Apabila hadiah percuma tidak diterima selepas enam puluh (60) hari permohonan untuk penebusan EPoin telah dilengkapkan,a Ahli tersebut harus memaklumkan AIP tentang perkara ini tidak boleh tidak. AIP tidak akan bertanggungjawab atas ketidaksampaian dan sebagainya sesuatu hadiah percuma selepas seratus dua puluh (120) hari atau lebih, walaupun jika tiada kecacatan dalam alamat berdaftar Ahli.
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan dan surat-menyurat tidak akan dilayan. AIP, mengikut budi bicara sendiri , berhak untuk menafsir dan meminda Terma.
  9. AIP berhak untuk membatalkan pemberian EPoin survei dan/atau hadiah cabutan bertuah, sekiranya survei dijawab secara mengandungi jawapan yang dianggap tidak benar mengikuti standard AIP, dan/atau sebarang (tindak-)tindakan penipuan dilakukan oleh ahli.
  10. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.
  1. Ahli harus menyerah kepada AIP segala hak cipta untuk kandungan respon Ahli untuk kaji selidik yang dijalankan di bawah Perniagaan, dan AIP boleh, dengan bebas, memilih, mengubahsuai dan menyunting kandungan dalam respon tersebut. Ahli tidak boleh menggunakan hak peribadi yang berkaitan dengan hak cipta tersebut terhadap AIP atau mana-mana pihak ketiga.
  2. AIP atau Pelanggan, atau pihak yang diberi kuasa oleh ini boleh menggunakan kandungan respon sesuatu kaji selidik Ahli di bawah Perniagaan, dan boleh mendedahkannya tanpa kebenaran Ahli. Maklumat pendaftaran akan dilayan seperti yang diperuntukkan dalam peruntukan dalam Seksyen 4.
  1. AIP menggunakan cookies untuk tujuan mengurangkan bebanan Ahli daripada melakukan soal jawab yang sama, atau untuk mengenalpasti kesesuaian sesuatu respon.

    [Cookie]

    Istilah "cookie" merujuk kepada data yang dihantar ke pelayar laman web komputer anda melalui pelayan web, dan dibaca hanya oleh pelayan yang menghantar cookie tersebut.
    Cookies memainkan peranan seperti Kad Pengenalan anda, dan merekodkan maklumat pendaftaran. Sila ambil perhatian bahawa cookies tidak boleh menjalankan sesuatu program mahupun menghantar virus.
  1. AIP boleh mengubah seluruh atau sebahagian kandungan Perniagaan, boleh menghentikan sementara, menggantung atau memberhentikan keseluruhan atau sebahagian Perniagaan tersebut, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis, dengan atau tanpa kebenaran Ahli.
  2. AIP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidaksetaraan atau kerugian dengan terhadap Ahli akibat perubahan kandungan, atau perberhentian sementara, penggantungan dan perbehentian seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 1.
  1. Jika mana-mana pertikaian antara AIP dan Ahli timbul berkaitan dengan Peraturan ini, Mahkamah Daerah Tokyo akan menjadi mahkamah perjanjian yang berkuasa dalam perbicaraan pertama.
  1. Jika terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di dalam Terma dan Syarat ini, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

(Peruntukan Tambahan)
(Ditubukan Julai 1, 2009)