Dasar Privasi
AIP Corporation (disebut AIP selepas ini) menyumbang kepada masyarakat dengan membekalkan syarikat-syarikat dan organisasi maklumat secara statistik yang diproses tentang kesedaran pengguna dan keadaan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk yang dikumpul melalui penyelidikan pasaran dan pemasaran dalam talian.
AIP mematuhi undang-undang berkait dengan pengendalian maklumat peribadi, termasuk yang lain-lain, yang digariskan dalam garis panduan yang diberikan kerajaan, di mana kami bersetuju mematuhi tatasusila dalam industri penyelidikan pemasaran dalam menjalankan tugas-tugas yang disebut di atas yang berkait dengan perlindungan maklumat peribadi iaitu sumber maklumat kami.
AIP dengan ini mengumumkan kepada pihak-pihak dalam dan luar syarikat bahawa kami mematuhi, mengamalkan dan mengekalkan "Dasar Privasi", termasuklah mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi secara bersesuaian, dan memberikan perhatian yang mencukupi serta mengambil langkah-langkah yang sesuai demi keselamatan, penjagaan dan pengurusan maklumat yang diberikan pihak yang terikat dengan prinsip ini.

Penyelidikan Pemasaran

  1. Bahagian Penyelidikan Pasaran AIP terlibat dengan urusan menjalankan penyelidikan pemasaran, dan bertujuan dalam menyelidik kesedaran pengguna dan keadaan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan, untuk memperoleh maklumat sebegitu, dan membekalkan syarikat dan organisasi-organisasi dengan maklumat sebegitu setelah maklumat tersebut diproses secara statistik. Maklumat peribadi yang diperoleh AIP dengan tujuan menjalankan urusan ini akan diringkaskan sebagai maklumat perangkaan agregat, dan tidak akan digunakan dengan sebagaimana yang menyebabkan pengenalpastian peribadi individu berlaku.
  2. Untuk memastikan sasaran tertentu terlibat dengan kaji selidik penyelidikan pemasaran kami, AIP, boleh memperoleh nama peserta, alamat dan sebagainya terlebih dahulu. Maklumat yang diperoleh melalui pelbagai sumber maklumat, misalnya mendaftarkan diri sebagai ahli di laman web untuk kaji selidik pemasaran, atau menerima peruntukan daripada pengirim konsainan urusan penyelidikan pemasaran (pelanggan). Maklumat ini akan diperlakukan selayaknya dan secara sah.
  3. AIP boleh mengambil pelbagai orang secara meluas untuk berkerjasama dalam penyelidikan pemasaran kami, dan mendaftar pemohon-pemohon (disebut sebagai "Panel" sejurus ini) sebagai responden. Walau bagaimanapun, sebelum pemohonan, kami akan memaklumkan mereka tentang tujuan penggunaan maklumat peribadi mereka yang diperoleh melalui perekrutan yang berkaitan, bersesuaian dengan peraturan yang pelbagai, dasar privasi, dan sebagainya seperti yang dipaparkan dalam laman web kami.
  4. AIP boleh menjalankan kaji selidik tanpa menentukan responden (Sasaran Kaji Selidik) yang diminta untuk berkerjasama dalam penyelidikan pemasaran kami, dan boleh mengambil maklumat peribadi seperti nama, alamat pada masa tersebut. Dalam hal sebegini, kami akan memaklumkan kepada respoden tujuan penggunaan, secara lisan dan bertulis, terlebih dahulu.

Pengambilan

  1. Apabila maklumat peribadi diterima ketika mengambil pekerja-pekerja baru, AIP menganggap bahawa ia merupakan suatu tanggungjawab sosial untuk melindungi keselamatan maklumat tersebut, dan akan menghormati privasi pemohon dan menjaga integritinya.
  2. Maklumat peribadi pemohon-pemohon ke AIP, termasuklah nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, yang didaftarkan ketika menjalankan aktiviti pengambilan akan disimpan di pangkalan data kami, dan diberi pengawasan ketat dan penyegaraan.
  3. ASelain daripada di atas, maklumat peribadi (maklumat yang boleh mengenalpasti seseorang individu, seperti nama, tarikh lahir) atau maklumat yang berkait dengan seseorang individu seperti alamat e-mel, ID pengguna, kata laluan, atau maklumat terkumpul tentang sifat seseorang individu seperti hobi, struktur keluarga, umur, dan sebagainya akan dikendalikan bersesuaian dengan undang-undang dan dikuatkuasa dengan tegas.
Untuk memastikan pengurusan dan pengendalian maklumat yang diperoleh dengan selamat, AIP mengambil langkah-langkah keselamatan yang munasabah dan sesuai untuk mengelakkan risiko seperti akses tidak sah ke maklumat peribadi daripada kehilangan, kerosakan, kemusnahan, pemindaan, kebocoran, aliran tidak sah dan sebagainya. Kami akan cuba untuk memperbaik dan menyemak langkah-langkah keselamatan ini secara berkala.
Sebagai tambahan, AIP juga telah menubuhkan sistem Pengurus Perlindungan Maklumat Peribadi untuk mengurus maklumat peribadi secara bersesuaian, membangunkan peraturan-peraturan syarikat demi pengurusan keselamatan, dan menjalankan latihan kakitangan secara berkala berkenaan dengan perlindungan maklumat peribadi.
Maklumat peribadi (disebut "Maklumat Peribadi" selepas ini) yang dipegang oleh kami adalah seperti berikut:
  1. Maklumat peribadi pelanggan kami
  2. Maklumat peribadi ahli-ahli kaji selidik kami
  3. Maklumat peribadi kakitangan semasa dan yang telah bersara
AIP memberi respons kepada permintaan untuk pendedahan, pemindaan (pembetulan, penambahan atau pembuangan kandungan) dan penggantungan penggunaan (penggantungan penggunaan, pemadaman dan penggantungan peruntukan kepada pihak ketiga [disebut "Pendedahan"selepas ini ] daripada pihak berkepentingan maklumat peribadi, atau wakil pihak tersebut, kecuali pendedahan mungkin mengancam hak dan kepentingan pihak kepentingan atau pihak ketiga tersebut, termasuklah nyawa, badan, harta-benda, dan sebagainya, atau mungkin secara nyata, menghalang perniagaan kami atau melanggar undang-undang dan ordinan.

  1. Perkara-perkara yang termaktub untuk permintaan pendedahan
    • Nama, alamat, umur, tarikh lahir, alamat e-mel, dan lain-lain maklumat sifat
    • Maklumat peribadi (termasuklah pemohonan kerja) yang didaftarkan oleh pihak terbabit sendiri melalui laman web kami
    • Maklumat peribadi yang berkaitan dengan maklum balas terhadap soal kaji selidik

  2. Pihak untuk dihubungi untuk permintaan pendedahan
    • AIP akan memberi respons kepada permintaan pendedahan, pemindaan, dan penggantungan penggunaan melalui Halaman Saya Ahli Panel.
    • Dalam kes-kes lain, sila gunakan maklumat hubung di bawah. Makluman tentang dokumen untuk diserahkan akan diberikan pada masa permintaan yang berkaitan.
      Personal Information Protection Manager, AIP Corporation
      Rakuten Crimson House,
      1-14-1 Tamagawa,
      Setagaya-ku, Tokyo 158-0094
      TEL : +81-50-5581-1710
AIP akan mengendalikan maklumat peribadi dengan bersesuaian, dan tidak akan memberi sesuatu maklumat kepada pihak ketiga tanpa mendapatkan kebenaran daripada individu terbabit terlebih dahulu, kecuali dalam situasi-situasi yang berikut:
  1. Termaktub kepada undang-undang
  2. Adalah perlu untuk mengelakkan sebarang ancaman yang berpotensi kepada keselamatan fizikal seseorang atau harta benda, dan apabila sukar untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak terbabit.
  3. Adalah sangat perlu demi meningkatkan mutu kesihatan awam dan menggalakkan penjagaan kesihatan kanak-kanak, dan apabila sukar untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak terbabit.
  4. Adalah perlu untuk kerjasama dalam tugas yang dijalankan oleh institusi-institusi kerajaan, kerajaan tempatan atau pihak yang diamanahkan, seperti yang tertulis di dalam undang-undang, dan pelaksanaan tugas yang berkaitan boleh dihalang dengan mendapatkan kebenaran pihak yang terlibat.
Untuk memastikan Dasar Privasi dilaksanakan sepenuhnya, AIP telah mereka sistem pengurusan untuk perlindungan makluamt peribadi termasuklah peraturan; Walau bagaimanapun, kami akan sentiasa menyemak dan memperbaik lagi sistem pengurusan melalui pendidikan kepada semua kakitangan kami dan audit tetap taraf operasi, agar keberkesanannya dipertingkatkan.
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan Dasar Privasi atau amalan privasi, sila gunakan maklumat hubung di bawah. AIP akan segera memberi maklum balas kepada semua permintaan yang munasabah untuk makluman tujuan penggunaan, pendedahan, pemindaan (pembetulan, penambahan atau pembuangan kandungan), dan penggantungan penggunaan (penggantungan penggunaan, pemadaman, dan penggantungan n peruntukan kepada pihak ketiga) daripada pihak berkepentingan maklumat peribadi tersebut, atau wakil pihak tersebut.
Personal Information Protection Manager, AIP Corporation
Rakuten Crimson House,
1-14-1 Tamagawa,
Setagaya-ku, Tokyo 158-0094
TEL : +81-50-5581-1710
Laman web kami mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang berikut.
SSL (Protokol Soket Keselamatan Berlapis) adalah sistem yang mengekodkan data untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi dalam sesuatu laman web. Maklumat peribadi ahli-ahli akan dikodkan dan dilindungi dengan kekunci elektronik untuk pemindahan.
Laman ini adalah disahkan oleh sijil pengesahan elektronik GeoTrust Japan Inc. Ini dapat mengelakkan pihak ketiga daripada menyamar sebagai laman web kami.
* GeoTrust Japan Inc adalah perbadanan persijilan internet yang diterima di Jepun dan luar negara.