Kempen kemas kini profil tinjauan dalam talian AIP - Jun 2013

21.06.2013

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dalam TINJAUAN DALAN TALIAN AIP .

Kami sentiasa meminta semua ahli-ahli kami mengemaskinikan maklumat yang didaftarkan untuk memastikan kami menyimpan maklumat profil terkini dan relevan.
Kempen ini akan bermula pada 21/06/2013

Sila mengakses Laman Tinjauan Dalam Talian AIP , dan log masuk ke akaun anda dengan menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang didaftarkan.http://my.aipsurveys.com/bm/
Selepas log masuk , laman mengemaskini  profil akan dipaparkan.Anda mesti melengkapkan 2 langkah di bawah sebelum anda boleh mengakses [Halaman Saya]  anda dan menyertai kaji selidik lagi.

1. Sila semak dan mengemaskini maklumat berdaftar anda seperti Pendapatan, Alamat, status Pekerjaan atau tahap Pendidikan.Kemudian klik butang oren di bahagian bawah halaman.

2. Satu laman pengesahan akan dipaparkan, jika semuanya adalah betul sila klik butang oren di bahagian bawah halaman dan anda akan dibawa ke [Halaman Saya] anda.

Jika sebarang kesilapan yang dikesan dalam maklumat berdaftar anda, mesej merah akan dipaparkan di depan perkataan yang perlu diperbetulkan, sila baca dengan teliti arahan-arahan dan mengemaskini maklumat anda.
Bagaimanapun, ahli-ahli tidak dibenarkan untuk menukar beberapa maklumat oleh diri mereka seperti "Tarikh lahir" dan "Jantina".  Jika anda membuat sebarang kesalahan pada pertama kali anda mendaftar profil ini, sila hubungi kami dengan maklumat yang betul dan kami akan mengemaskinikan untuk anda.
Sila faham bahawa profil ini adalah maklumat yang paling penting dan mesti betul.

Juga, sila ingat bahawa anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menerima kaji selidik jika anda mengemaskini "Profil Terperinci" anda dengan kerap.

Untuk mengemaskini "Profil Terperinci" anda, sila log masuk dan klik pada menu "Mengemaskini Maklumat Terperinci”Klik pada setiap satu daripada 4 kategori untuk mengemaskini profil.
Sila pastikan anda mengemaskini semua 4 kategori profil di bawah:

1.  Pelancongan
2.  Hiburan
3.  Perkhidmatan kewangan
4.  Penjagaan kesihatan 

Sila memahami bahawa ketepatan maklumat profil ahli-ahli kami dan jawapan kaji selidik adalah amat penting kepada hasil tinjauan yang anda sertai.

Maklumat  profil dan jawapan tinjauan adalah sentiasa diperiksa dan dibandingkan, jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara Profil berdaftar dan jawapan yang anda berikan dalam tinjauan, hasil tinjauan tidak boleh digunakan. Dalam kes ini, mengikut perjanjian ahli AIP, kami akan berhenti menghantar anda kaji selidik. Atau dalam kes yang serius, pihak AIP akan menamatkan keahlian anda.

Sila pastikan anda membaca dengan teliti dan mengemaskini maklumat profil anda.Terima kasih atas kerjasama anda. Kami berharap untuk menerima pendapat anda yang berharga dalam tinjauan masa depan kita.

Tinjauan Dalam Talian AIP