Pengumuman tentang perubahan peraturan EPoin

29.09.2011

Ahli yang dihormati,

Kami ingin mengucapkan terima kasih keatas sokongan yang berterusan dari anda.

Soalan pertama kaji selidik biasanya soalan kelayakan yang tujuannya adalah untuk mengetahui jika  profil anda padan kepada sasaran yang dikehendaki oleh kajian tersebut.
Contohnya, pemilik televisyen atau orang yang merancang untuk membeli sebuah kereta baru dalam tempoh 6 bulan akan datang dan lain-lain...

Apabila anda menyertai kaji selidik, jika kuota untuk profil anda sesuai dengan kelayakkan yang disasarkan tetapi telah dipenuhi, atau jika profil anda  tidak sepadan dengan kaji selidik, soal selidik akan dipendekkan.

Dalam kes itu, tiada EPoin ditambah ke akaun anda dan sebagai pampasan anda akan secara automatik memasuki cabutan bertuah bulanan bagi peluang untuk memenangi baucer hadiah.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa bermula dari 1 Oktober 2011, pampasan akan berubah.
Apabila anda tidak layak untuk kaji selidik, sebagai mengganti cabutan bertuah, akaun anda akan diberi ganjaran 10 Epoin.

Dari 1 Oktober 2011, bagi setiap kaji selidik yang anda sertai, anda akan diberi ganjaran minimum epoint 10 dan mata ganjaran ini akan bertambah jika anda layak dan melengkapkan kajiselidik. (Mata Ganjaran Penuh akan dipaparkan dalam e-mel jemputan seperti biasa)

Sila ambil perhatian bahawa tidak ada mata ganjaran EPoin jika anda cuba untuk menyertai kaji selidik itu selepas ia ditutup.

Terima kasih dan kami berharap menerima penyertaan anda dalam kaji selidik pada masa akan datang.

AIP Online Surveys Malaysia.