Program sumbangan wang untuk mangsa gemba bumi dan tsunami di Jepun

11.04.2011

Kepada Ahli,

Terima kasih atas sokongan anda kepada AIP ONLINE SURVEYS.

Seperti yang anda tahu, baru-baru ini Jepun telah dilanda gempa bumi dan tsunami yang dahsyat. Kami sangat bersimpati ke atas mereka yang telah dilanda tregedi tersebut.
Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan di Jepun, AIP ONLINE SURVEYS telah mengadakan satu program sumbangan wang.

AIP ONLINE SURVEYS akan menyumbang 5% nilai Epoint yang diterima oleh ahli semasa tempoh 01/04/2011 - 30/04/2011 kepada Persatuan Palang Merah Jepun.
(*Nota: Ahli masih akan menerima jumlah EPoint yang sama untuk kaji selidik.)

Kami menggalakkan anda menyertai kaji selidik bukan sahaja mendapatkan EPoint dengan memberikan pengetahuan anda untuk pembangunan produk dan perkhidmatan di seluruh dunia, tetapi juga sebagai salah satu usaha untuk membantu mereka yang kesusahan.

Sebagai tambahan, AIP ONLINE SURVEYS telah membuat satu kaji selidik mengenai gempa bumi dan tsunami untuk semua ahli. Sila klik [SINI] untuk menjawab.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AIP ONLINE SURVEYS di [SINI].
Kami amat menghargai segala sokongan yang beterusan dari semua ahli.
Terima kasih.