FAQ

Soalan-soalan yang lazim ditanya telah disenaraikan untuk keselesaan anda.
Sila lihat soalan-soalan berikut sebelum menghubungi kami. Persoalan ada mungkin telah dijawab.

Ya, pendaftaran adalah percuma.

  1. Sila pastikan 'Perjanjian Ahli' dibaca sebelum pendaftaran.
  2. Selepas anda bersetuju dengan 'Perjanjian Ahli', anda boleh teruskan ke Pendaftaran Awal.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Pendaftaran Awal.
  4. Selepas anda melengkapkan Pendaftaran Awal, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel.
  5. Sila klik URL yang disediakan dalam e-mel, dan teruskan ke Pendaftaran Utama.
  6. Selepas semua maklumat yang diperlukan dimasukkan, Pendaftaran Utama telah lengkap.

Sekiranya anda tidak mendapat e-mel daripada kami tentang makluman Pendaftaran Awal anda yang telah lengkap, sila hubungi kami.

Selepas anda log masuk ke "Halaman Saya", sila kemaskinikan maklumat asas anda dari "Kemaskini maklumat asas saya" dan butir-butir lanjut dari "Kemaskini maklumat terperinci saya".


[Perhatian]

Kini terdapat bilangan kes-kes yang meningkat tentang kemasukan e-mel yang salah oleh ahli-ahli.
Sila berhati-hati semasa melakukan perubahan

Sila baca mesej ralat berwarna merah yang terpapar di DEKAT atas petak masukan dengan teliti dan masukkan semula maklumat yang sesuai.

Sekiranya anda tidak menerima e-mel daripada kami dalam tempoh 24 jam selesainya prosedur pendaftaran awal, sila hubungi kami dari SINI.

Bergantung kepada tetapan perisian e-mel anda, URL dalam e-mel mungkin mempunyai garis pisah, maka anda mungkin tidak dapat mencapai pautan URL secara langsung. Sekiranya begitu, sila salin URL dalam e-mel untuk memastikan tiada garis pisah dan tampalkannnya ke dalam bar alamat pelayar web anda.

Ya, ahli keluarga anda juga boleh mendaftar. Bagaimanapun, hanya satu pendaftaran dibenarkan untuk setiap alamat e-mel. Oleh itu, anda harus menyediakan alamat e-mel yang berlainan untuk setiap individu dalam keluarga anda yang ingin mendaftar.

Anda boleh mendaftar sekiranya anda berumur 16 tahun dan ke atas.

Tidak. Penyertaan dalam kaji selidik adalah tidak wajib. Penyertaan adalah mengikut mengikut keselesaan anda. Malah, anda tidak akan dikenakan sebarang denda jika menarik diri semasa menjawab kaji selidik (EPoin tidak akan ditambah dalam hal ini)

Sila ikut langkah-langkah berikut.

  1. Anda akan menerima e-mel untuk penyertaan kaji selidik daripada AIP ONLINE SURVEYS.
  2. Log masuk ke “Halaman Saya”.
  3. Kaji selidik terbaru akan dipaparkan di bahagian atas “Halaman Saya”. Klik “Jawab” untuk mula.
  4. EPoin akan ditambah selepas kaji selidik dilengkapkan.

Bilangan kaji selidik yang anda terima boleh berbeza

Setiap kaji selidik mempunyai kuota tetap. Sekiranya sesuatu kaji selidik mencapai jumlah maksimum bilangan responden, statusnya akan bertukar kepada "Ditutup" dan anda tidak boleh lagi menyertainya. Sila ambil perhatian bahawa kaji selidik boleh ditutup lebih awal berbanding dengan tarikh yang dipaparkan di e-mel.

Pelayar mungkin akan memaparkan para. Kebiasaannya, apabila anda menekan butang "Jawab", kaji selidik akan dibuka di tetingkap yang baru. Namun, sekiranya JavaScript anda ditetapkan "invalid", tetingkap baru mungkin tidak dibuka. Dalam keadaan sedemikian, sila semak tetapan di bawah untuk pelayar laman anda. Jika JavaScript ditetapkan kepada "Disable", sila ubahkannya kepada "Enable".
Bagaimana untuk "enable" JavaScript di "Internet Explorer (Windows)

  1. Pilih "Internet Options" dari "Tools" di bar menu.
  2. Pilih "Customize Level" di "Security level for this zone" di "Security".
  3. Semak "Scripting" berikut di "Security Setting".
    • ・ Active Scripting => "Enable"
    • ・ Allow paste operations via Script => "Enable"
    • ・ Scripting of Java applets => "Enable"

Sebarang penghalang iklan [pop-up blockers] (di 'toolbars' atau perisian keselamatan) boleh menghalang tetingkap baru daripada dibuka. Sila lihat tetapan anda.

Sila klik butang "Refresh" di pelayar anda dan semak sama ada halaman kaji selidik dapat dipaparkan. Jika kaji selidik itu masih tidak dipaparkan, sila hubungi kami di SINI dan nyatakan Nombor Kaji Selidik yang anda hadapi masalah dengannya.

  • Sila klik "Refresh" di pelayar anda dan semak sama ada EPoin telah ditambah.
  • Dan, sila sedia maklum bahawa ada kemungkinan kelewatan dalam masa menjawab dan apabila EPoin ditambahkan, dan ia boleh mangambil sehingga 8 minggu untuk tempoh kaji selidik dipaparkan dalam e-mel jemputan. Sekiranya demikian, status sama ada akan menunjukan "Jawab" atau "Ditutup".

  • Klik "Refresh" di pelayar anda dan semak sama ada status sudah berubah kepada "Dijawab".
  • Untuk sesetengah kaji selidik, status akan kekal sebagai "Jawab" semasa tempoh kaji selidik seperti yang tertera di e-mel jemputan. Dalam keadaan begini, status akan berubah kepada "Ditutup" apabila tempoh kaji selidik telah tamat.
  • Jika anda telah menjawab sepenuhnya sesuatu kaji selidik dan tidak diberikan sebarang poin, poin tersebut akan dimasukkan dalam jangkamasa 8 minggu selepas tamat tarikh kaji selidik seperti yang tertera di e-mel jemputan. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda tidak menjawab sepenuhnya sesuatu survey, anda tidak akan diberi poin.

Ubah tetapan 'encoding' anda kepada "Auto-Select". Jika anda masih melihat aksara yang tidak betul, sila hubungi kami di SINI dan nyatakan Tajuk dan Nombor Kaji Selidik yang anda hadapi masalah dengannya.

Sila semak perkara-perkara berikut, dan cuba log masuk sekali lagi dengan alamat e-mel dan kata laluan yang didaftar.

[Perhatian]

Alamat e-mel mestilah dalam aksara abjad angka.
Kata laluan mestilah dalam lingkungan 6 ke 20 aksara abjad angka.
Pastikan bahawa tiada jarak lebih sebelum atau selepas alamat e-mel atau kata laluan anda.
Pastikan anda klik “Log Masuk” selepas anda masukkan alamat dan kata laluan anda.
Gunakan huruf besar dan huruf kecil yang betul, kerana huruf-huruf tersebut akan dianggap sebagai abjad yang berbeza. Tekan kekunci ‘Shift’ dan kemudian taipkan kekunci huruf untuk mendapatkan huruf besar. Semak fungsi kekunci 'Caps Lock' sama ada ia dipasang atau tidak. Sekiranya ya, maka semua kekunci huruf yang ditekan adalah huruf besar.
Ubah tetapan “cookies” anda kepada ‘Enable’. Jika tetapan adalah ‘Disable’, maka ID anda mungkin tidak boleh disahkan semasa anda ingin mencuba Log masuk. Untuk maklumat terperinci tentang tetapan “cookies”, klik SINI.

Kata laluan anda adalah dienkripsi jadi kami tidak boleh kenalpasti. Jika anda terlupa kata laluan anda, sila klik pada butang "Lupa kata laluan?" pada halaman atas laman web.

Log masuk ke “Halaman Saya”, dan klik “Ubah Kata Laluan”.

Ya, anda boleh menarik diri bila-bila masa selepas anda mendaftar.

Anda boleh menarik diri melalui "Prosedur Penarikan Diri" di "Halaman Saya". Jika anda menarik diri daripada keahlian anda, "Halaman Saya" dan e-mel daripada AIP akan dibatalkan. Selepas penarikan diri, sebarang maklumat berdaftar anda akan dikeluarkan daripada sistem kami. Malah, sila ambil perhatian bahawa EPoin terkumpul anda akan tamat tempoh, dan sebarang EPoin yang anda tidak tebus tidak boleh ditebus pada masa kelak.

Pemohonan penebusan anda masih akan diproses jika anda telah melengkapkan permohonan tersebut sebelum menarik diri daripada keahlian.

Laman web kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:

[Teknologi Komunikasi Penyulitan (SSL)]

SSL (Protokol Soket Keselamatan Berlapis) adalah sistem yang mengekodkan data untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi dalam sesuatu laman web. Maklumat peribadi ahli-ahli akan dikodkan dan dilindungi dengan kekunci elektronik untuk pemindahan.

[Sistem Pengumuman Laman]

Laman ini adalah disahkan oleh sijil pengesahan elektronik GeoTrust Japan Inc. Ini dapat mengelakkan pihak ketiga daripada menyamar sebagai laman web kami.

GeoTrust Japan Inc adalah perbadanan persijilan internet yang diterima di Jepun dan luar negara.

Kami mencadangkan semua ahli untuk menggunakan Windows Internet Explorer 6 atau ke atas. Sebarang pelayar atau versi lain mungkin menyebabkan ralat. Malah, sebarang tetapan berikut turut boleh menyebabkan ralat:

[ Cookie ]

Tetapan Cookies hendaklah ditetapkan kepada “Enable” semasa anda ingin memasuki laman ini. Apabila ditetapkan sebagai “Disable”, anda mungkin tidak dapat log masuk ke “Halaman Saya” atau EPoin mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul. Sekiranya mesej ralat “Cookies setting are disabled” terpapar, sila ubah tetapan Cookies anda kepada “Enable” dengan mengikut langkah-langkah berikut.

Internet Explorer (Windows)
  1. Pilih “Internet Options”, kemudian “Tools” dari bar Menu Internet Explorer.
  2. Pilih tab “Privacy” dan baca butirannya.
  3. Jika tetapan adalah “Block All Cookies”, maka Cookies telah dibatalkan. Sila ubah tetapan berikut.
  4. Seret gelengsar “privacy” ke bawah apa-apa sahaja selain daripada “Block All Cookies”.
  5. Tekan butang “OK”.
[Teknologi Komunikasi Penyulitan (SSL)]

Laman ini menggunakan Encryption Communication Technologies (SSL - Protokol Soket Keselamatan Berlapis) - Teknologi Komunikasi Penyulitan - suatu sistem yang mengekodkan data untuk memastikan keselamatan maklumat privasi dalam laman web kami. Sekiranya anda menggunakan komputer awam (di syarikat anda atau di sekolah) yang menggunakan sambungan pelayan proksi yang tidak sesuai dengan SSL, ia mungkin tidak akan diaktifkan secara betul. Sekiranya begitu, hubungi pentadbir pelayan anda.

Ya, Sila Log masuk dan merujuk ke terma dan syarat dalam halaman “Perkenalkan Rakan Anda”.