Terima tinjauan
Selepas menyertai Tinjauan Dalan Talian AIP anda akan dijemput untuk menyertai pelbagai kajian penyelidikan

Secara umumnya, kami akan menghantar anda jemputan kajian kepada anda melalui e-mel dan / atau pesanan ringkas (SMS), anda perlu selesaikan tinjauan sebelum tarikh tamat. Berikut adalah beberapa contoh kajian yang ahli kami biasa menyertai

Tinjauan Dalam Talian

Sertai kaji selidik dari komputer atau peranti mudah alih anda di rumah, tempat kerja atau di mana sahaja.

Tinjauan Ujian Produk

Terima produk baru, gunakannya dan beritahu kami maklum balas anda.

Kemungkinan produk ini belum ada dipasaran , jadi anda diberi peluang untuk mencubanya sebelum orang lain!

Dalam beberapa kes, anda mungkin juga dibenarkan menyimpan produk berkenaan untuk kegunaan peribadi anda selepas kajian selesai.

Kumpulan Saranan Dalam Talian / Komuniti Dalam Talian

Sertai komuniti dalam talian untuk beberapa hari atau beberapa minggu!

Anda akan dapat berbincang dengan penemuduga dan ahli-ahli komuniti lain mengenai kajian dan menyelesaikan pelbagai tugas seperti memuat naik gambar, bertanya dan menjawab dsbnya...

Temuduga Secara Kumpulan Saranan / Temuduga dijalankan di tempat yang ditetapkan

Datang ke tempat yang ditetapkan dan berbincang dengan sekumpulan responden mengenai produk baru.

Penemuduga juga akan berada di sana untuk memastikan perbincangan berjalan lancar

Lawatan Membeli-belah Misteri

Melawat ke kedai dan berikan maklum balas anda.

Anda akan menilai pelbagai aspek seperti: tahap perkhidmatan, paparan produk dll...

Tinjauan Dalam Peranti Mudah Alih

Memuat turun dan memasang Aplikasi pada peranti mudah alih anda yang akan digunakan untuk tujuan kajian ini.

Aplikasi mungkin diperlukan untuk melakukan beberapa tindakan atau hanya untuk mengesan penggunaan peranti anda.

Walau bagaimanapun, privasi dan keselamatan ahli-ahli kami adalah keutamaan kami.

Keputusan yang diperolehi daripada semua jenis kajian akan diagregatkan sebagai maklumat perangkaan sahaja dan hanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan.
AIP tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.

Sila klik privasi atau keselamatan untuk maklumat lanjut mengenai topik-topik ini.