- AIP akan mengenakan kawalan ketat terhadap maklumat peribadi yang didaftarkan oleh ahli kepada kami, dan tidak akan mendedahkan maklumat ini kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan.
- Tujuan kaji selidik ini adalah untuk syarikat dan media pemasaran, dan oleh kerana keputusan kaji selidik terkumpul diproses secara statistik, kami tidak akan menggunakan maklumat ini untuk mengenalpasti mana-mana individu tertentu.
Nama Syarikat
AIP Corporation
Tujuan
Bahagian Penyelidikan Pasaran AIP terlibat dengan urusan menjalankan penyelidikan pemasaran, dan bertujuan dalam menyelidik kesedaran pengguna dan keadaan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan, untuk memperoleh maklumat sebegitu, dan membekalkan syarikat dan organisasi-organisasi dengan maklumat sebegitu setelah maklumat tersebut diproses secara statistik.
Maklumat peribadi yang diperoleh AIP dengan tujuan menjalankan urusan ini akan diringkaskan sebagai maklumat perangkaan agregat, dan tidak akan digunakan dengan sebagaimana yang menyebabkan pengenalpastian peribadi individu berlaku.
Memberikan Maklumat Peribadi kepada Pihak Ketiga
AIP akan mengendalikan maklumat peribadi yang diterima dengan bersesuaian dan tidak akan memberikan sesuatu maklumat kepada pihak ketiga tanpa mendapatkan kebenaran daripada individu terbabit terlebih dahulu, kecuali dalam situasi-situasi berikut
- Termaktub kepada undang-undang.
- Adalah perlu untuk mengelakkan sebarang ancaman yang berpotensi kepada keselamatan fizikal seseorang atau harta benda, dan apabila sukar untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak terbabit.
- Adalah sangat perlu demi meningkatkan mutu kesihatan awam dan menggalakkan penjagaan kesihatan kanak-kanak, dan apabila sukar untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak terbabit.
- Adalah perlu untuk kerjasama dalam tugas yang dijalankan oleh institusi-institusi kerajaan, kerajaan tempatan atau pihak yang diamanahkan, seperti yang tertulis di dalam undang-undang, dan pelaksanaan tugas yang berkaitan boleh dihalang dengan mendapatkan kebenaran pihak yang terlibat.
Pemberian Maklumat Privasi.
AIP akan mengendalikan maklumat peribadi yang diterima dengan bersesuaian dan tidak akan memberikan sesuatu maklumat kepada pihak ketiga tanpa mendapatkan kebenaran daripada individu terbabit terlebih dahulu.
Pertanyaan Tentang Pendedahan Maklumat Bukan Sulit
Sila gunakan maklumat hubung berikut untuk sebarang pertanyaan, aduan, atau pendedahan maklumat privasi. Untuk meminda maklumat privasi yang didaftar, sila masuk ke "Kemaskini Profil Saya" dalam seksyen "Halaman Saya".
Personal Information Protection Manager, AIP Corporation
Rakuten Crimson House,
1-14-1 Tamagawa,
Setagaya-ku, Tokyo 158-0094
TEL : +81-50-5581-1710
Pendaftaran dan penyertaan dalam kaji selidik, keputusan untuk bukan penyerta dan data tidak lengkap.
Penyertaan dalam kaji selidik adalah secara sukarela, dan pendaftaran ahli dan penyertaan kaji selidik boleh ditolak atau dihentikan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, Poin atau hadiah loteri yang diberikan untuk setiap kaji selidik boleh tidak dihadiahkan.
Pengunaan Cookies
AIP menggunakan cookies untuk mengurangkan bebanan kepada ahli-ahli yang berulang-kali menjawab soalan yang sama, dan untuk memeriksa kesahan jawapan responden.